t_Articles
September 23, 2005
25hb September ialah Hari Jantung Sedunia – suatu acara tahunan yang bertujuan
untuk meningkatkan kesedaran mengenai apa yang boleh dibuat oleh setiap individu
dan masyarakat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Tema bagi tahun ini ialah
“Berat Badan Sihat, Keadaan Sihat” dengan tumpuan terhadap pemahaman
risiko-risiko; khusus yang berkaitan dengan berat yang berlebihan di bahagian
perut.
Kebanyakan
penduduk Asia mempunyai kecenderungan tertentu untuk menghimpun lemak di
bahagian perut atau abdomen dan ini dipercayai menjadi salah satu sebab kenapa
penyakit jantung meningkat secara mendadak di rantau ini. Untuk lebih memahami
fenomena ini dan apa yang boleh dilakukan oleh individu untuk menambah baik
kesihatan jantung, kami menyajikan maklumat yang dipetik daripada lamanweb Pusat
Maklumat Makanan Asia (AFIC) mengenai pengurusan berat badan di
http://afic.org/WMWS/index.shtml
Di lamanweb
berkenaan, anda juga boleh muat turun risalah pengurusan berat badan AFIC dalam
Bahasa Malaysia secara percuma
Statistik
Penting
Berikut adalah
beberapa kaedah yang disyorkan untuk menganggarkan status kesihatan individu,
yang menggunakan ukuran data penting individu dan pengiraan yang mudah:
BMI
Piawaian global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal,
berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Massa Badan, atau
BMI. BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram dengan
kuasa dua ketinggiannya (dalam m2) . Sehingga kebelakangan
ini, klasifikasi yang sama digunakan di seluruh dunia untuk mengira dan
mengelaskan berat badan ialah :
Ukuran BMI antara
18.5 hingga 25 lazimnya dianggap sebagai normal; 25 hingga 30 sebagai berat
badan berlebihan dan dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap penyakit yang
berkaitan dengan berat badan, dan lebih daripada 30 dianggap sangat gemuk (paras
obesiti) dan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan
berat badan.
Sejak kebelakangan
ini, pakar-pakar telah membuat pemerhatian bahawa penyakit yang berkaitan dengan
berat badan biasanya berlaku di kalangan setengah kumpulan etnik Asia di paras
BMI melebihi 23. Satu kumpulan pakar dari WHO (Badan Kesihatan Sedunia) telah
mengesyorkan skala BMI yang lebih rendah bagi bangsa Asia: 18.5-23 untuk risiko
yang meningkat tetapi boleh dikatakan rendah untuk menghidap penyakit yang
berkaitan dengan berat badan; 23-27.5 bagi risiko yang lebih tinggi; dan 27.5
atau lebih memberi isyarat risiko yang membahayakan.
Namun, satu
kelemahan skala BMI ialah ia mungkin membuat anggaran yang tinggi bagi lemak
badan atlit dan setengah kumpulan lain, seperti puak etnik di Pulauan Pasifik
yang mempunyai tubuh badan yang tegap. BMI juga boleh membuat anggaran lemak
badan yang rendah bagi kumpulan warga mas dan kumpulan lain yang kehilangan
jisim otot. Oleh itu, pakar-pakar telah mengesyorkan penggunaan BMI yang
digabungkan dengan ukuran lilitan pinggang atau/dan nisbah pinggang-ke-pinggul
bagi anggaran yang lebih tepat.
Lilitan
Pinggang
Lilitan pinggang
diukur di bahagian yang paling sempit di antara tulang rusuk dan pinggul apabila
dipandang dari depan selepas bernafas keluar. Lilitan pinggang ialah ukuran
lemak di bahagian abdomen dan merupakan petunjuk bagi status kesihatan, walaupun
pengiraan BMI terdapat dalam julat normal. Ukuran pinggang yang melebihi 102 cm
(40 inci) bagi lelaki dan lebih daripada 88 cm (35 inci) bagi perempuan
ditetapkan sebagai nilai ambang untuk menentukan kemungkinan menghidap penyakit
yang berkaitan dengan berat badan.
Sejak kebelakangan
ini, nilai ambang yang lebih rendah telah disyorkan bagi penduduk Asia. Kumpulan
Kerja mengenai Obesiti di negara China membuat ulasan data tentang perhubungan
BMI, lilitan pinggang dan faktor-faktor risiko dalam penyakit kronik yang
berkaitan. Berlandaskan ulasan tersebut yang meliputi semua bukti yang terkini,
Kumpulan Kerja ini telah mengesyorkan lilitan pinggang yang melebihi 85 cm bagi
lelaki dan lebih daripada 80 cm bagi perempuan di negara China sebagai nilai
ambang untuk diagnosis obesiti di bahagian tengah atau abdomen (4). Nilai ini
tidak disyorkan kepada semua bangsa Asia tetapi memberi skala alternatif kepada
nilai global yang mungkin tidak mengambil kira perbezaan pembahagian lemak dan
komposisi badan antara kaum kulit putih (Caucasian) dan bangsa Asia.
Nisbah
pinggang-ke-pinggul (WHR).
Nisbah
pinggang-ke-pinggul (WHR) ialah nisbah bagi lilitan pinggang seseorang
berbanding lilitan pinggulnya. Ukuran ini boleh dikira dengan membahagikan
lilitan pinggang dengan lilitan pinggul.
WHR, seperti
lilitan pinggang ialah suatu alat untuk menganggarkan pembahagian lemak dalam
badan. Bagi kebanyakan orang, dan mungkin terutamanya orang Asia, lemak di
bahagian abdomen menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan berbanding lemak
berlebihan di bahagian pinggul atau peha. Nilai WHR sebanyak 0.9 atau kurang
dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap
sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. Nisbah pinggang:pinggul sebanyak 1.0
atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat
bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak di bahagian perut adalah langkah yang
bijak.
Isyarat untuk
Tindakan
Ketiga-tiga ukuran
bagi saiz badan yang tersebut di atas, jika digabungkan, memberi beberapa
kriteria penting untuk menganggarkan berat badan dan menentukan tindakan yang
harus diambil, untuk mengekal, mengurang atau menyedari dan menghentikan
penambahan berat badan yang berterusan. Bagi bangsa Asia terutamanya, anggaran
bukan saja untuk berat badan tetapi juga kegemukan abdomen adalah pemeriksaan
yang mudah lagi bijak dilaksanakan.
Garis panduan
untuk memaksimumkan peluang panjang hayat dan kehidupan sihat seseorang itu
adalah sama, dan tidak mengambil kira sama ada sasaran individu tersebut hendak
mengekal atau mengurang berat badannya:
(1) Tentukan diet
dan gaya hidup yang mengimbangkan tenaga
Tumpukan untuk
merangka gaya hidup sihat selaras dengan komitmen harian anda yang lain yang
berdasarkan diet yang rendah lemak, pelbagai dan seimbang, dan digabungkan
dengan aktiviti fizikal. Kesan “yo-yo” pengurangan dan penambahan berat badan
yang berlaku kepada sesiapa yang mengikuti rejim berulangan untuk berdiet supaya
menyusutkan berat badan dengan cepat, tetapi kemudiannya menambah semula berat
badan yang disusut apabila mereka mengikuti semula tabiat makan yang sebelum
ini, boleh menyebabkan risiko kesihatan dan membuat pengawalan berat badan dalam
jangka panjang sukar dilaksanakan.
(2) Rangkakan
Tabiat Aktiviti Fizikal yang Kerap
Bagi dewasa,
aktiviti fizikal sederhana hingga bertenaga kuat selama 30 minit dan bagi kanak
kanak selama 60 minit setiap hari (seperti berjalan cepat, berenang) dapat
membantu mengekalkan dan mengurangi berat badan tidak kira berat badan individu
itu, dan mengurangkan secara besar-besaran risiko kejadian sakit jantung, angin
ahmar dan lain-lain penyakit kronik ke atas individu kerana manfaat kesihatan
kardiovaskular yang diperoleh daripadanya. Satu lagi insentif untuk bersenam
mungkin didapati daripada satu kajian yang dilaporkan dalam JAMA (Jurnal
Persatuan Perubatan America) yang mendapati bersenam dengan kerap mengurangkan
lemak ‘intra-abdomen’ dan justeru merampingkan pinggang walaupun tidak
mengurangkan berat badan. Senaman yang kerap mempunyai manfaat lain seperti
meningkatkan kualiti tidur dan kesejateraan psikologi.
(3) Amalkan diet
yang mesra-jantung
Pastikan diet
seimbang yang sihat, termasuk banyak buah-buahan dan sayuran, produk bijirin
penuh, produk rendah-lemak atau tanpa-lemak (dengan mengambil kira kalori),
majerin dan minyak tak-tepu (seperti minyak bunga matahari, jagung, rapeseed,
zaitun), daging tidak berlemak, ikan dan kekacang. Pakar kesihatan juga
menyarankan langkah-langkah tambahan yang berikut:
-
Menghadkan
pengambilan gula dan garam
-
Mengambil
sarapan pagi dan pastikan anda menikmati sekurangnya 3 sajian makanan sehari
-
Gunakan cara
memasak yang lebih sihat seperti mengukus, merebus, memanggang dan membakar
sebagai menggantikan menggoreng dengan minyak yang banyak dan menambah lemak
tambahan, serta mencipta kemahiran memasak secara sihat dalam keluarga anda.
-
Menghadkan
pengambilan makanan dengan kandungan lemak dan gula yang tinggi
-
Minum
sekurang-kurangnya 6-8 gelas cecair setiap hari
-
Ingat godaan
pasti berlaku, jadi tak usah mengenetepikan sajian makanan dan snek terlebih
dahulu
Untuk maklumat
selanjutnya, sila kunjungi –
Lamanweb AFIC bagi
Pengurusan berat badan di